Gizi adalah zat–zat yang terkandung dalam makanan yang diperlukan untuk kehidupan manusia terdiri dari 3 sumber/fungsi untuk sumber tenaga, zat pembangun dan zat pengatur.
Gizi Seimbang ialah gizi yang mempunyai kesemua tujuh kelas makanan dalam kadar yang betul dan mengikut keperluan badan.
Satu cara mudah untuk memastikan gizi kita seimbang ialah dengan memakan makanan daripada keempat-empat kumpulan makanan berikut :
a) Buah-buahan dan sayur-sayuran.
b) Daging dan kekacang.
c) Roti dan bijirin.
d) Susu dan hasil tenusu.
Gizi seimbang haruslah membekalkan tenaga yang mencukupi untuk aktiviti harian kita.
Keperluan tenaga seseorang bergantung kepada beberapa faktor:
a)Jantina- Lelaki memerlukan lebih banyak tenaga daripada perempuan.
b)Berat badan- Orang yang bersaiz lebih besar memerlukan lebih banyak tenaga untuk menyokong berat badannya.
c)Umur- Kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar memerlukan lebih banyak tenaga berbanding dengan orang dewasa.
d)Jenis pekerjaan/keaktifan fizikal- Buruh dan orang yang aktif fizikalnya memerlukan lebih banyak tenaga untuk gerak kerja ototnya.
Tenaga dibekalkan oleh karbohidrat, lipid, dan protein.
Makanan yang berlainan mempunyai kandungan tenaga yang berlainan.
Ini disebut sebagai nilai tenaga makanan itu.
Nilai tenaga makanan ditakrifkan sebagai jumlah tenaga yang dibebaskan apabila satu gram makanan itu dioksidakan dengan lengkapnya.
Unit bagi nilai tenaga makanan ialah joule per gram (J g-1)
0 komentar:
Posting Komentar